Wanita Pemilik Salon Disamun Dan Ditikam Pelanggan

 On Thursday 15 May 2014  


 Wanita Pemilik Salon Disamun Dan Ditikam Pelanggan di premisnya di Jalan Silibin di sini, tengahari tadi.
 
 


Wanita yang berusia lingkungan 40-an itu yang enggan dikenali berkata kejadian berlaku pada tengah hari tadi selepas beliau selesai menggunting rambut seorang lelaki berumur sekitar 20-an.

"Selepas saya selesai menggunting rambutnya, lelaki itu berdolak-dalik apabila saya meminta bayaran daripadanya dan sebaliknya dia mengugut saya supaya menyerahkan wang," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, lelaki itu kemudiannya mengamuk dan memukulnya kerana enggan menyerahkan wang.

"Kami bergelut dan dia mengeluarkan pisau untuk menikam perut saya," katanya.

Wanita tersebut berkata lelaki itu panik dan terus melarikan diri apabila beliau menjerit meminta tolong.

Mangsa kemudiannya mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Othman mengesahkan kejadian itu dan pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut, lapor mStar.

 
Wanita Pemilik Salon Disamun Dan Ditikam Pelanggan 4.5 5 Unknown Thursday 15 May 2014   Wanita Pemilik Salon Disamun Dan Ditikam Pelanggan di premisnya di Jalan Silibin di sini, tengahari tadi.       Wanita yang...


No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.