Dua Maut Bertembung

 On Monday, 5 May 2014  

Kuala Terengganu: Seorang lelaki 44 tahun dan seorang wanita 35 tahun maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Tapak Pelupusan Sampah Kampung Sungai Ikan, di sini, 10.45 pagi tadi.
Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu lori tanah dari arah Setiu menuju ke Kuala Terengganu hilang kawalan sebaik memotong sebuah kenderaan di depannya sebelum bertembung sebuah kereta Perodua Myvi dari arah bertentangan. 
Lori tanah berkenaan yang hilang kawalan terjunam ke dalam gaung sedalam tiga meter selepas bertembung dengan kereta Perodua Myvi serta dua kenderaan di belakangnya iaitu sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah van Toyota Hiace. 

Kemalangan itu menyebabkan pemandu lori tanah, Mohd Ghani Embong, 44, dan pemandu kereta Perodua Myvi Rohaiza Yusof, 35, meninggal dunia di tempat kejadian.
Foto

Seorang lagi pemandu kereta Perodua Myvi yang parah di beberapa bahagian badan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, untuk rawatan lanjut manakala pemandu serta tiga penumpang van terbabit selamat.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan kejadian dan kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dua Maut Bertembung 4.5 5 Unknown Monday, 5 May 2014 Kuala Terengganu: Seorang lelaki 44 tahun dan seorang wanita 35 tahun maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Tapak Pelupusan ...


No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.