GENG SASAR PENGURUP WANG TUMPAS

 On Sunday 4 May 2014  

Foto



Tindakan seorang penumpang hadapan sebuah kereta melepaskan tembakan ke arah sepasukan polis membawa padah apabila dia ditembak mati dalam kejadian di Persimpangan Jalan Taman Desa Tebrau, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian berbalas tembak pada 10.15 malam itu, dua lagi penjenayah yang berada dalam kereta Toyota Vios berkenaan turut maut.
Insiden itu bermula apabila sepasukan anggota polis mengesan kenderaan terbabit berada dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan mencegah jenayah.
Pasukan polis kemudian memperkenalkan diri dan cuba menahan kereta itu, tetapi tidak diendahkan sebaliknya penumpang hadapan kereta itu menembak ke arah polis.
Bagi mempertahankan diri, pasukan polis kemudiannya bertindak membalas tembakan.
Apabila dihampiri, didapati dua lelaki sudah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi dalam keadaan parah sebelum mereka dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI).
Bagaimanapun, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, sepucuk pistol jenis Colt .45 automatik bersama peluru dan sepucuk pistol jenis Browning serta peluru dirampas daripada suspek.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, polis percaya kumpulan penjenayah terbabit dalam perjalanan untuk melakukan samun di pusat beli-belah tidak jauh dari lokasi itu.
Katanya, seorang daripada lelaki terbabit dipercayai dalang kumpulan samun dipercayai aktif menjalankan kegiatan jenayah di sekitar Johor dan Pahang.
“Semua lelaki yang mati ditembak itu berusia antara 39 dan 41 tahun dan mereka dipercayai terbabit dalam sembilan kes samun sebelum ini.
“Kereta yang digunakan mereka pula dilaporkan hilang di Teluk Intan, Perak tahun lalu,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat lanjut dan susulan daripada kejadian itu, polis melancarkan gerakan mengesan anggota kumpulan terbabit dan melakukan dua serbuan tidak lama kemudian.


GENG SASAR PENGURUP WANG TUMPAS 4.5 5 Unknown Sunday 4 May 2014 Tindakan seorang penumpang hadapan sebuah kereta melepaskan tembakan ke arah sepasukan polis membawa padah apabila dia ditembak mat...


No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.