Ibu Tunggal Maut Bertembung

 On Monday, 5 May 2014  


Jasin: Seorang ibu tunggal terbunuh selepas Perodua Kenari dipandunya terbabit kemalangan dengan Proton Saga BLM di jalan Kelubi - Jasin, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.35, mangsa Norhayati Othman, 47 maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan mayatnya yang tersepit dalam kereta dikeluarkan anggota bomba. 
Pemandu Proton Saga BLM pula mengalami kecederaan parah manakala dua penumpangnya hanya cedera ringan. 

Kejadian dipercayai berlaku selepas Norhayati yang menghala ke arah Jasin hilang kawalan ketika tiba di tempat kejadian sebelum bertembung dengan Proton Saga BLM yang datang dari arah bertentangan.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mohd Nur Hishamudin Hashim mengesahkan kejadian.

Ibu Tunggal Maut Bertembung 4.5 5 Unknown Monday, 5 May 2014 Jasin: Seorang ibu tunggal terbunuh selepas Perodua Kenari dipandunya terbabit kemalangan dengan Proton Saga BLM di jalan Kelubi - ...


No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.