Ketahuilah Kenderaan Rasmi Obama Yang Tercanggih Didunia

 On Monday 5 May 2014  


Ketahuilah Kenderaan Rasmi Obama Yang Tercanggih Didunia | Obama kalau nak datang di mana-mana negara pasti kena ada sistem keselamatan yang amat ketat. Jom tengok kereta rasmi Obama ni.


Kereta tersebut lebih dikenali sebagai "The Beast" merupakan kereta rasmi Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menaiki kenderaan rasminya sepanjang lawatan ke Malaysia iaitu Cadillac One.

Buatan General Motors berkeluaran pada tahun 2009, kenderaan itu mempunyai spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan presiden tersebut, juga mempunyai ciri-ciri seolah-olah sebuah kereta kebal.

Sepanjang lima meter dan berat lapan tan, "The Beast" dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik.

Tayarnya juga kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Malah tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan.

Selain itu, The Beast turut dilengkapi senapang "shot-gun" dan kamera penglihatan malam.

Ia juga memiliki persediaan oksigen sendiri serta mempunyai bekalan darah yang sama jenis dengan presiden sekiranya berlaku sebarang kecemasan itu.

Kenderaan tersebut boleh memuatkan sebanyak 7 orang, termasuk presiden itu. The Beast, kereta rasmi Obama disifatkan sebagai kenderaan perlindungan yang paling canggih di dunia ini kerana kereta ini mempunyai keselamatan yang amat ketat.

Nota : Huhu. semua menteri pasti naik kereta canggih kan ? tetapi kereta Obama nilah paling tercanggih dengan menteri-menteri lain. Apa komen korang ?

Ketahuilah Kenderaan Rasmi Obama Yang Tercanggih Didunia 4.5 5 Unknown Monday 5 May 2014 Ketahuilah Kenderaan Rasmi Obama Yang Tercanggih Didunia  | Obama kalau nak datang di mana-mana negara pasti kena ada sistem keselama...


No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.