MH370 Keluar Sijil Kematian, Nak Tutup Kes ? - Shahbudin Husin | Sehingga kini kes kehilangan pesawat MH370 masih lagi tiada lagi sebarang penemuan objek pesawat serta penumpang. Berita panas apabila lelaki tersebut mendakwa pekara di atas . baca selanjutnya
Bagi penulis terkenal lah juga dikenali dengan nama Shahbudin Husin, jika misi pencarian masih diteruskan dan skalanya pula berubah ke kawasan lain serta lebih banyak aset mungkin digunakan, mengapakah begitu cepat kerajaan mahu mengeluarkan sijil kematian untuk penumpang pesawat MH370 ?
Beliau juga bertanya apakah ini menandakan misi pencarian akan ditamatkan dan kes akhirnya akan ditutup dengan cara membayar sejumlah wang pampasan kepada waris mangsa.
“Apakah wang benar-benar cukup bernilai kepada waris mangsa berbanding ahli keluarga yang masih belum diketahui nasibnya itu?” tulis beliau di dalam blognya, sebagai mana di bawah.
Meskipun belum ada sebarang bukti serpihan pesawat MH370 dan cebisan mayat penumpangnya ditemui sehingga ini, kerajaan dilaporkan sudah mahu mengeluarkan sijil kematian iaitu pengesahan rasmi bahawa kesemua mereka ditakrifkan sudah meninggal dunia.
Timbalan Menteri Luar Negeri, Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata bahawa kerajaan memutuskan untuk mengumumkan status penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dalam tempoh terdekat ini.
Pengumuman tersebut, katanya, diambil setelah mendapat pengesahan daripada pakar-pakar berkaitan dan betujuan supaya waris-waris penumpang itu dapat meneruskan kehidupan mereka walaupun sukar menerima hakikat kehilangan anggota keluarga tersayang mereka.
Keputusan mahu mengeluarkan sijil kematian ini dipercayai diambil setelah pencarian memasuki hari ke 47 masih juga gagal menemui sebarang bukti pesawat itu terhempas di Lautan Hindi sebagaimana yang disimpulkan melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak.
Beberapa isyarat "ping" yang dikesan, serpihan yang ditemui serta tompokan minyak yang uji, ternyata tiada langsung kaitannya dengan pesawat atau kotak hitam milik MH370 itu.
Di ketika yang sama, penyiasat antarabangsa juga dikhabarkan mula menyiasat kemungkinan pesawat itu sebenarnya tidak terhempas di Lautan Hindi sebagai yang dipercayai sebelum ini, tetapi kemungkinan ianya didaratkan di sebuah lokasi yang lain atau terhempas di kawasan terpencil selain daripada Lautan Hindi.
Laporan yang disiarkan oleh NST itu menyebut, ia adalah kemungkinan baru yang sedang diteliti ketika ini.
Sebelum ini, laporan dari Russia juga menyebut MH370 tidak terhempas di Lautan Hindi, sebaliknya dirampas dan semua penumpangnya disembunyikan di sebuah perkampungan kabilah antara Afghanistan dan Pakitan.
Sementara itu, dalam masa yang sama, Hamzah juga berkata misi pencarian di Lautan Hindi masih perlu diteruskan dengan kemungkinan menggunakan lebih banyak aset atau kawasan pencarian diperluaskan lagi.
Jika misi pencarian masih diteruskan dan skalanya pula berubah ke kawasan lain serta lebih banyak aset mungkin digunakan, mengapakah begitu cepat kerajaan mahu mengeluarkan sijil kematian?
Apakah ini menandakan misi pencarian akan ditamatkan dan kes akhirnya akan ditutup dengan cara membayar sejumlah wang pampasan kepada waris mangsa?
Apakah wang benar-benar cukup bernilai kepada waris mangsa berbanding ahli keluarga yang masih belum diketahui nasibnya itu?
Sehingga ini, memang dilaporkan ramai waris mangsa tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan mahu mengeluarkan sijil kematian itu sehingga mereka benar-benar diberikan bukti bahawa pesawat itu telah terhempas dan penumpangnya telah meninggal dunia.
Bagi kebanyakan waris, bukti nyata tentang kematian adalah perlu dibuktikan terlebih dahulu sebelum mereka diberikan sijil kematian yang diikuti dengan pemberian sejumlah wang pampasan.
Ramai waris yang menolak tindakan kerajaan mahu mengeluarkan sijil kematian tanpa sebarang bukti itu dan menganggapnya sesuatu yang tidak patut dilakukan ketika ini.
Setelah mengeluarkan kenyataan bercanggah, tidak telus dan tidak tepat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu, tindakan mahu mengeluarkan sijil kematian hanya setelah misi pencarian gagal menemui sebarang bukti dalam tempoh 47 hari, ia adalah satu lagi bukti kegagalan kerajaan bertindak waras dan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan perikemanusiaan.
Tidakkah tindakan mengeluarkan sijil kematian ini menunjukkan prosesnya menuju ke arah penutupan kes?
Walaupun misi pencarian akan diteruskan, tetapi setelah sijil kematian dikeluarkan, sudah tentulah usaha tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh lagi?
Kenapakah hanya setelah 47 hari misi pencarian, kerajaan seolah-olah sudah berputus asa dan lebih selesa ianya diakhiri dengan kematian?
Bukankah Islam menetapkan pengisytiharan kematian hanya setelah 4 tahun manakala undang- undang negara pula setelah 7 tahun?
Bagaimana jika setelah sijil kematian dikeluarkan, pesawat itu akhirnya dapat ditemui dan semua penumpangnya masih hidup?
Dalam hal ini, kerajaan tidak seharusnya terlalu awal mahu membuat kesimpulan penumpangnya telah meninggal dunia.
Jika kesimpulan pertama yang diumumkan Najib sebelum ini bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi dan kemudian merakamkan usul takziah di Parlimen, ternyata masih gagal dibuktikan kebenarannya serta menyinggung perasaan waris mangsa, kesimpulan penumpangnya telah meninggal dunia melalui pengeluaran sijil kematian ini sekali lagi mengguris perasaan mereka.
Seharusnya, sebagaimana yang kerapkali dijanjikan bahawa pencarian akan diteruskan sehingga bangkai pesawat, cebisan mayat dan kotak hitam ditemui, ia benar-benar menjadi ungkapan janji yang ditepati.
Janganlah cepat membuat pusingan U atau menuju ke persimpangan lain sebelum tiba ke destinasi yang dijanjikan dalam kejadian itu.
Jika tidak, ia lebih mendedahkan kelemahan kerajaan dan seolah-olah benarlah tanggapan bahawa banyak yang cuba disembunyikan di sebalik kehilangan pesawat itu yang sehingga kini tiada sebarang tanda-tanda ianya terhempas.
Nota : Admin dah malas nak buat cerita pasal MH370 ini dah selalu admin tulis tetapi tak tahu lah nak kata apa. Apa komen korang ?

No comments:
Post a Comment