Tanda-Tanda Lelaki Suka Pada Seseorang Perempuan

 On Wednesday, 7 May 2014  


Hai semua, Sebenarnya saya rindu untuk buat entry seperti dahulu selama sebulan berturut-turut hanya yang mampu kadang-kadang saje kerana kehidupan mula berubah semenjak masuk ke Uitm .saya kena lebihkan masa untuk buat kerja-kerja di fakulti.


Kadang-kadang saya rasa serba salah jadinya, tadi saya melepak di bilik member kerana kebosanan dalam bilik, ada semua roommate semua keluar dan yang tinggalkan umpama tak ada. saya tadi terfikir kadang-kadang bila buat baik dengan perempuan mesti kata ada udang sebalik batu. Bila cuba berkawan dengan perempuan ,mulalah rasa sangsi dan katakan kita cuma mengorat mereka. saya dah banyak kali terkena, mereka kata saya nie suka mainkan perasaan mereka. Kalau caring sikit kata kita nie dah mula jatuh hati padanya ,tapi bila jadi peragai yang biase, nanti cakap lelaki tak ada perasaan. 


tadi kawan-kawan masing-masing meluahkan rasa dan mereka mengakui dan setuju dengan apa yang saya katakan. Mereka pon sama seperti saya masih single ,masing-masing masih blurr ..kebiasaan yang berlaku bila kita sukakan seseorang itu , orang tu pulak tak suka kita. Bila kita tak sukakan seseorang tu , orang pulak suka kan kita. Bukan semua lelaki tu jahat dan bukan semua lelaki tak boleh di percayai. Jangan kata lelaki nie Playboy sedangkan kamu tak cuba bagi ruang untuk mengenali kami.

untuk counter back balik meh acik bagikan tanda-tanda lelaki sukakan seseorang perempuan ...agar kamu lebih faham dan tiada salah sangka. 


1. Dia akan sentiasa mengekori kamu
Walau di mana sahaja  kamu berada, dia pasti juga berada di situ..Barangkali tatkala itu, si lelaki ini cuba mencari peluang terbaik bagi mendekati diri kamu..Berkemungkinan ingin menegur anda buat kali yang pertama..Janganlah takut serta bimbang wahai kaum wanita sekalian..membalas sapaan atau teguran seseorang lelaki tidak bermakna anda seorang yang gatal..Jadi lebih terbuka..Kepada yang dah berpunya, jangan nak terbuka sangatlah ya..haha

2. Dia akan meminta nombor telefon kamu
Ha..Ramai lelaki yang suka merungut bila sampai ke bab nak mintak nombor telefon..Kaum lelaki selalunya menuduh kaum wanita ni sombong plus jual mahal sebab tak nak bagi no. HP kat diorang..apa ingat no. HP tu benda yang senang2 je ke nak bagi..


3. Dia akan selalu SMS & Call
Di awal-awal perkenalan ni, selalunya lelaki akan terburu-buru dalam mengejar seseorang wanita..Mungkin takut dikebas orang barangkali..Jadi kepada kaum hawa, janganlah terkejut dengan keghairahan seseorang lelaki dalam mengenali diri kamukerana itu merupakan simptom2 biasa mereka yang dilamun cinta . Dalam keadaan ini, kaum wanita tidak perlu merasa takut.. kamu hanya perlu mengenali dirinya di kala ini dan di akhirnya, buatlah keputusan sama ada mahu meneruskan perkenalan itu atau tidak..

4. Dia akan selalu bertanyakan tentang kamu kepada rakan-rakan kamu
Sekiranya  kamu selalu di kafe pada setiap malam, maka dia pasti akan berada berdekatan dengan  kamu..Dia ingin mengetahui dengan siapa  kamu berkawan bagi memudahkan lagi dirinya mengenali  kamu..Maklumat2 yang tidak dia peroleh dari  kamu boleh sahaja dia dapatkan daripada rakan-rakan anda..Berkemungkinan dia ingin tahu akan kesukaan  kamu dan sejarah percintaan  kamu sebelum ini maka rakan-rakan  kamu adalah pilihan yang terbaik dalam mendapatkan rahsia-rahsia sulit ini..hoho

5. Dia akan cuba menjadi 'MR. Perfect' untuk kamu
Walaupun dia serba kekurangan namun dia tidak akan menampakkan kekurangan itu di mata kamu..Dia mahu menjadi yang terbaik serta yang paling sempurna pada kamu..Dia tidak mahu kamu berasa tidak yakin kepada dirinya lantas dia ingin membuktikan bahawa dia mampu memberikan segala-galanya untuk kamu..Kaum wanita tidak harus gusar serta seharusnya menyatakan kepada lelaki itu bahawa kejujuran serta menjadi diri sendiri adalah lebih baik daripada cuba menipu dengan cuba berlagak sempurna
 
6. Jika Benar Dia Sukakan kamu mereka akan jumpa Family

Jika meraka benar-benar sukakan kamu dan telah membuat persiapan dari segi rohani dan jasmani. Pastinya mereka akan terus berjumpa dengan keluargamu untuk berbincang hal seterusnya. Kerana lelaki yang sejati tidak akan pernah mempermainkan perasaan orang yang mereka sayang .
Tanda-Tanda Lelaki Suka Pada Seseorang Perempuan 4.5 5 Unknown Wednesday, 7 May 2014 Hai semua, Sebenarnya saya rindu untuk buat entry seperti dahulu selama sebulan berturut-turut hanya yang mampu kadang-kadang saje ke...


No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.