Budak 11 tahun ditikam lebih 40 kali disebabkan Dota 2 di Fillipina

 On Saturday, 7 June 2014  







Seorang budak lelaki berusia 11 tahun telah terbunuh setelah ditikam lebih 40 kali dan pihak berkuasa Filipina percaya penggodaman akaun dota 2 adalah motif utama budak tersebut ditikam.Menurut berita dari ABS-CBN ,seorang remaja berusia 16 tahun telah didakwa membunuh budak tersebut dengan menikam lebih 40 kali atas tuduhan mengodam akaun Dota 2 nya di Malolos, Bulacan di Filipina. Dalam temu bual yang dilakukan oleh ABS-CBN , ibu kepada mangsa  tidak dapat mengecam wajah anaknya selepas ditikam dengan kejam oleh suspek.
Menurut keterangan ahli keluarga dan siasatan polis ,mangsa didapati di bawa ke tapak pembinaan dan dipukul oleh suspek. Kepala mangsa di hantuk  beberapa kali sebelum ditikam lebih  40 kali. Inspektor Almer Estaquio dari polis kebangsaan Filipina mengeluarkan kenyataan kepada ABS-CBN bahawa mereka menerima maklumat bahawa punca utama kejadian adalah mangsa telah di tuduh  menggodam akaun Dota 2 suspek. Suspek telah di tuduh membunuh dan kes akan di tangguhkan sementara disebabkan suspek adalah bawah umur.

Insiden ditikam lebih 40 kali menyebabkan sesetengah rakyat Filipina meminta Dota 2 diban di negara tersebut.

Setelah berita kejadian ditikam tersebut tersebar, rakyat Filipina berkongsi pendapat mereka diFacebook tentang kejadian tersebut.Ramai yang memberikan pendapat supaya Dota 2 di ban di negara tersebut .
John Eric Arcilla Garcia telah mengeluarkan kenyataan di facebook pages ABS-CBN news bahawa (terjemahan)
“Dota patut diharamkan di sini (Filipina) Selain daripada kanak-kanak yang ketagih kepadanya dan merosakkan pendidikan mereka, dota menyebabkan mereka membunuh antara satu sama lain”
Ivelyn Tambong juga mengeluarkan kenyataan bahawa (terjemahan)
“saya berharap Dota harus dihentikan kerana disebabkan Dota pelajaran diabaikan”
Walaubagaimanapun,ramai juga yang mengatakan bahawa ini bukan adalah salah Dota 2 tetapi ibu bapa yang tidak mengambil berat terhadap anak mereka.
Jan Raleiigh mengeluarkan kenyataan “jangan salahkan permainan tersebut,ia bukan untuk kanak HAHA salah kan ibu bpa yang membenarkan mereka bermain HAHA ”

Layan dulu video di bawah tentang insiden tersebut.

Apa yang korang rasa? Dota 2 yang salah atau ibu bapa yang salah? Patutkah Dota 2 atau moba games yang lain kena banned kat Filipina?
Pada pemain-pemain Dota 2 , bagi komen bernas sikit  kat bawah…
P/S: ABang Jobert pun peminat Dota 2 tapi xde la fanatik sangat…

Budak 11 tahun ditikam lebih 40 kali disebabkan Dota 2 di Fillipina 4.5 5 Unknown Saturday, 7 June 2014 Seorang budak lelaki berusia 11 tahun telah terbunuh setelah ditikam lebih 40 kali dan pihak berkuasa Filipina percaya penggodam...


1 comment:

  1. ish3 .. anak2 yg salah nk salahkan dota2 ?? x patut ..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.