Belasah ayah tegur maksiat

 On Sunday, 4 May 2014  

Ampang: “Anak derhaka! Tergamak dia menghempuk kepala saya dengan kerusi hingga cedera teruk,” luah seorang lelaki warga emas yang hanya ingin dikenali sebagai Murad, 87, selepas dipukul oleh anak perempuannya sendiri.
Murad yang tinggal bersama anak perempuannya berusia 50-an mendakwa turut dihamburkan kata-kata kesat susulan tindakannya menegur perbuatan sumbang anaknya itu bersama bekas menantu di kediamannya di sini. 
Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 8 malam Selasa lalu, apabila dia mendapati anak perempuannya itu masih ‘bermesra’ dengan bekas suami walaupun mereka sudah bercerai. 

“Saya yang tidak tahan melihat gelagat mereka bertindak menegur dan menasihati anak saya itu. Bagaimanapun niat baik saya itu dibalas dengan hamburan kata-kata kesat.

“Tidak cukup dengan itu, dia turut membaling botol minuman ke arah saya sebelum mencapai kerusi kayu berhampiran. Kerusi itu kemudian dipukul sekuat hati ke arah belakang tubuh dan kepala saya,” katanya.
Belasah ayah tegur maksiat 4.5 5 Unknown Sunday, 4 May 2014 Ampang: “Anak derhaka! Tergamak dia menghempuk kepala saya dengan kerusi hingga cedera teruk,” luah seorang lelaki warga emas yang hanya in...


No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.