Pintu judi belakang peti sejuk

 On Sunday 4 May 2014  


“Saya Muslim, itu tempat saya sembahyang’ adalah alasan digunakan seorang pekerja wanita premis judi haram di Sri Kembangan di sini, sebaik kedai dijaganya itu diserbu polis malam kelmarin.
Dalam operasi jam 9.30 malam kelmarin, sepasukan lapan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang menyerbu premis berkenaan melalui operasi ‘Ops Persempadanan/ Ops Dadu’ di sekitar daerah itu.
Sebaik serbuan dilakukan, seorang wanita warga Indonesia yang ditahan menggunakan helah kononnya premis berkenaan adalah tempat dia berehat dan beribadat.
Namun, helah bagi meraih simpati itu gagal mengaburi pihak berkuasa apabila polis menemui 12 komputer yang diubah suai menjadi mesin perjudian.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, siasatan pihaknya mendapati wanita berusia 20-an itu diupah sindiket untuk menjaga premis itu dengan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan.
Menurutnya, premis berkenaan didapati berselindung di sebalik gerai makanan manakala pintu masuk utama pusat judi itu terletak di belakang sebuah peti sejuk.
“Kejayaan membongkar kegiatan perjudian ini adalah hasil aduan awam dan risikan dilakukan anggota polis.
Siasatan polis mendapati pusat judi ini turut menawarkan permainan judi dalam talian.
“Pihak polis turut melakukan serbuan di tiga lagi premis perjudian di sekitar Sri Kembangan di sini, sebelum merampas 32 unit komputer lagi,” katanya.
Razak berkata, seramai tiga lagi penjaga dan 11 pelanggan pusat perjudian haram itu diberkas dalam operasi yang berakhir jam 12 tengah malam semalam.

Foto
Pintu judi belakang peti sejuk 4.5 5 Unknown Sunday 4 May 2014 “Saya Muslim, itu tempat saya sembahyang’ adalah alasan digunakan seorang pekerja wanita premis judi haram di Sri Kembangan di sini, seb...


No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.