Hati-hati Sindiket Peras Ugut Guna Wanita Seksi, Lelaki ‘Jambu’ Di Facebook!

 On Sunday, 18 May 2014  


Hati-hati Sindiket Peras Ugut Guna Wanita Seksi, Lelaki ‘Jambu’ Di Facebook! | Wanita seksi dan lelaki ‘jambu’ digunakan sebagai umpan oleh sekumpulan penjenayah untuk memerangkap mangsa yang dikenali melalui laman facebook (FB) sebelum bertindak memeras ugut mereka.
Kumpulan ini dipercayai bergerak aktif sekitar Lembah Klang dan dipercayai telah memperdayakan lebih daripada seorang mangsa.
 


Ikuti MO dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.

Modus Operandi
- Suspek berkenalan dengan mangsa menerusi laman sosial Facebook sebelum dipelawa berjumpa
- Suspek terdiri daripada lima hingga tujuh individu yang bertindak sebagai ‘ahli keluarga’
- Mangsa akan diumpan dengan suspek di kalangan wanita yang seksi atau lelaki ‘jambu’ di laman facebook sebelum berjumpa
- Dalam pertemuan, suspek akan menuduh mangsa mencabul atau melakukan perbuatan tidak senonoh sebelum memanggil ‘ahli keluarganya’ bagi mendapatkan bantuan
- Suspek lain yang bertindak sebagai ‘ahli keluarga’ kemudiannya akan bertindak memukul mangsa sebelum memeras ugut untuk mengenakan denda yang digelar ‘dam’ selain merampas barang milik mangsa sebagai penyelesaian

Nasihat
- Tidak mudah percaya dengan individu yang ingin berkenalan dalam waktu yang singkat
- Kenal pasti identiti suspek sebelum meneruskan perbualan menerusi laman sosial
- Jangan mudah percaya dengan janji-janji manis yang diberikan oleh suspek dalam perbualan menerusi laman sosial facebook
- Sekiranya mangsa mengajak untuk berjumpa, pastikan anda ditemani atau hadir dalam kumpulan bagi memastikan tidak terpedaya dengan taktik digunakan suspek
- Kenal pasti suspek yang terlibat seperti jenis kenderaan yang dinaiki, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).
 
Hati-hati Sindiket Peras Ugut Guna Wanita Seksi, Lelaki ‘Jambu’ Di Facebook! 4.5 5 Unknown Sunday, 18 May 2014 Hati-hati Sindiket Peras Ugut Guna Wanita Seksi, Lelaki ‘Jambu’ Di Facebook!   | Wanita seksi dan lelaki ‘jambu’ digunakan sebagai umpan o...


Related Post:

  • Dicekup Tanpa Coli Dengan Kekasih Dalam Rumah Kakak Angkat DUNGUN - Tindakan seorang pelayan pusat karaoke menjadikan sebuah bilik rumah sewa kakak angkatnya di taman perumahan kos rendah, dekat Taman Rakyat, di sini, tempat memadu asmara bersama teman lelakinya membawa padah apabi… Read More
  • Gambar Ibu Muda Tayang Dada Sambil Susukan Anak Tersebar Di Internet Kegilaan apakah ini?! Gambar diatas telah tersebar di media massa menunjukkan seorang ibu muda sedang menyusukan anaknya.Menurut blog yang pertama kali mengupload gambar tersebut (Hootoh.blogspot.com):"Gambar Buah Dada Ibu Menyusu Anaknya kini… Read More
  • Sebab Kenapa Facebook Warna BiruSebab Kenapa Facebook Warna Biru | Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian, Bagi yang belum tahu, ini satu fakta yang menarik tentang Facebook. Kenapa Facebook berwarna warna biru.&nb… Read More
  • Kesucian diri Tergadai, Coli Dan Seluar Dalam Jadi Saksi Di Mahkamah DUNGUN – Perkenalan seorang gadis yang bekerja sebagai pembantu restoran makanan segera di daerah ini dengan seorang jejaka, membawa detik hitam apabila kesucian dirinya dinodai kekasih.Detik mendukacitakan itu berlaku di sebuah hote… Read More
  • Cara Memikat Hati Perempuan Cara Memikat Hati Perempuan | Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian, Anda ingin memikat hati wanita idaman?? TAPI tidak tahu atau takut untuk mencuba ? Admin nak kongsi t… Read More

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.