Maut tertimbus dalam tandas

 On Saturday 17 May 2014  




Sungai Buloh: Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas tertimbus dua meter dalam runtuhan tanah di sebuah gudang perabot di Jalan Kampung Baru Subang, pada 10.30 pagi ini.
Dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Abul Kasim, 43, dikatakan berada dalam tandas manakala sebelas rakannya yang lain berada di dalam gudang berkenaan. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohd Sani Harul berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan telentang, pada 2.35 petang. 

Beliau berkata, runtuhan itu berlaku berikutan kerja-kerja pembinaan kilang di atas bukit setinggi 50 meter di belakang gudang berkenaan.

Katanya, tiga jentera diarahkan ke lokasi kejadian membabitkan 21 anggota dan pegawai selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan 10.42 pagi.

Maut tertimbus dalam tandas 4.5 5 Unknown Saturday 17 May 2014 Sungai Buloh: Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas tertimbus dua meter dalam runtuhan tanah di sebuah gudang perabot di Jala...


No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.