MH370 - Pakar Media Amerika Dedah CIA Tahu Perkara Sebenar

 On Tuesday 20 May 2014  



MH370 - Pakar Media Amerika Dedah CIA Tahu Perkara Sebenar | Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.



Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.

“Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya.




Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.

“Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.

MH370 - Pakar Media Amerika Dedah CIA Tahu Perkara Sebenar 4.5 5 Unknown Tuesday 20 May 2014 MH370 - Pakar Media Amerika Dedah CIA Tahu Perkara Sebenar | Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio te...


No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.