Pasangan Beruang Panda Gergasi Tiba Di Malaysia

 On Thursday, 22 May 2014  





SEPANG – Pasangan panda gergasi dari China, Fengyi dan Fuwa, simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, tiba di sini hari ini bagi memulakan kehidupan baharu di perantauan selama 10 tahun.
Pasangan panda gergasi itu tiba melalui Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 7.53 pagi dengan pesawat khas MASKargo Airbus 330-200 (MH6462) dari Chengdu, China.
Ketibaan dua ekor haiwan itu disambut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel dan Duta Besar China di Malaysia, Dr Huang Huikang.
Menjadi simbolik kepada sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara, pasangan panda itu dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara Malaysia bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.
Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia akan berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.
Pasangan panda yang diberi nama Fuwa (jantan) dan Fengyi ( betina) itu dibawa ke Zoo Negara hari ini dan bakal dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas yang siap dibina.
Penghantaran pasangan panda itu pada mulanya dijadual pada 16 April lepas, tetapi ditangguh, berikutan kerajaan China mahu menumpukan usahanya untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. – BERNAMA

Pasangan Beruang Panda Gergasi Tiba Di Malaysia 4.5 5 Unknown Thursday, 22 May 2014 SEPANG – Pasangan panda gergasi dari China, Fengyi dan Fuwa, simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, tiba di si...


Related Post:

  • 'Selfie' 6 Sebab Lelaki Tidak Digalakkan... 'Selfie' 6 Sebab Lelaki Tidak Digalakkan | Perempuan selfie okay tetapi lelaki selfie, hurmmm. Tidak sama sekali! Fenomena selfie begitu kuat mempengaruhi kehidupan seharian anda, contohnya, Liyana Jasmay sempat berkongsi gambar denga… Read More
  • Ajal di tangan mentua Muar: Seorang lelaki mati manakala seorang lagi parah selepas kedua-dua mereka dikatakan bergaduh menggunakan senjata tajam dalam kejadian membabitkan menantu dengan bapa mentua di sebuah rumah di Jalan Kim Kee, di sini, semalam. Dalam kejadian p… Read More
  • Guru Cedera Di Mulut Ditumbuk Pelajar Di Kulai, Johor Seorang guru sekolah cedera di bahagian mulut akibat di belasah pelajar tingkatan 2 sekolah nya, kejadian ini berlaku di sebuah Sekolah Menengah di Kulai Johor. Gambar guru dan pelajar terbabit kini tersebar dimedia-media so… Read More
  • Replika Piala Dunia Dekat Kem Pasukan Brazil Di bakar RIO DE JANEIRO – Perosak harta benda membakar replika Piala Dunia setinggi enam meter yang terletak beberapa kilometer dari lokasi pasukan Brazil akan ditempatkan untuk temasya bulan depan, menurut pegawai di bandar Teresopolis. “Usaha akan… Read More
  • Video Remaja Wanita Gatal Jika anda menonton Video ini, saya percaya anda akan meluat dan menyampah dengan tingkah laku mereka terutamanya remaja melayu harapan negara kita. … Read More

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.