Raja Nazrin adalah Sultan baru Perak

 On Thursday, 29 May 2014  







Kuala Kangsar: Raja Muda Perak, ‎Raja Dr Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, 58, diisytiharkan sebagai Sultan Perak Ke-35.
Pengisytiharan itu diumumkan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, ‎Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada Majlis Pengisytiharan ‎Pelantikan Raja Pemerintah Negeri Perak di Balairong Seri, Istana Iskandariah, di sini sebentar tadi.‎
Doa selamat kemudian dibacakan oleh Mufti Perak dan ‎Paduka Seri Sultan Perak yang baru, meletakkan tangan kanan baginda ke atas keranda jenazah Almarhum sebagai isyarat supaya keranda diangkat dan diusung keluar untuk istiadat pemakaman.

‎Serentak dengan itu, meriam dibedil dan bilangan mengikut usia DYMM Raja Pemerintah iaitu 86 das dari dua buah meriam yang dilepaskan oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja dan bedilan diatur supaya berakhir apabila jenazah sampai di Makam Diraja bersebelahan Masjid Ubudiah Kuala Kangsar.
Foto
RAJA Dr Nazrin Shah mengaminkan doa setelah diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baru menggantikan Ayahanda Baginda Sultan Azlan Shah di Balairong Seri Istana Iskandariah. FOTO Supian Ahmad

Paduka Seri Sultan Perak, memakai gelaran Sultan Nazrin Izzuddin Shah.
Raja Nazrin adalah Sultan baru Perak 4.5 5 Unknown Thursday, 29 May 2014 Kuala Kangsar: Raja Muda Perak, ‎Raja Dr Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, 58, diisytiharkan sebagai Sulta...


No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.