Sadih !! “UNGKAPAN TERAKHIR” ADIK DANIAL ABDULLAH SEBELUM DITEMUI,MATI?

 On Tuesday, 20 May 2014  




Dalam kejadian jam 6 petang semalam, mangsa yang tinggal di tingkat satu dipercayai bermain di tingkat 15 pangsapuri itu sebelum ditemui terjatuh oleh penduduk.

“Baguslah ibu dengan ayah tak berniaga hari ini (semalam). Boleh teman Danial di rumah,”

Itulah ungkapan terakhir seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Danial Abdullah, lapan tahun, sebelum ditemui mati selepas dipercayai jatuh dari tingkat 15 Pangsapuri Ulu Pudu, Cheras di sini.





Ibu mangsa, Faizah Ahmad, 46, berkata, anaknya itu sangat gembira apabila diberitahu dia dan suami tidak akan berniaga menjual sate semalam.

“€œKebiasaannya kami tidak pernah mengambil cuti berniaga walaupun sehari. Danial cukup gembira apabila saya memberitahunya perkara itu,”€

Faizah berkata Danial anak kelapan daripada 10 beradik dianggap pintar dan amat mendengar nasihat.

“Adakalanya dia sering merungut sekiranya kami tidak meluangkan masa untuk dia dan adik-beradik lain.

“Saya dan suami redha dengan pemergiannya. Saya anggap ini ujian paling besar dalam keluarga kami,”

Sementara itu jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berkata, mangsa mati di lokasi kejadian kerana mengalami pendarahan di bahagian kepala dan mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Sadih !! “UNGKAPAN TERAKHIR” ADIK DANIAL ABDULLAH SEBELUM DITEMUI,MATI? 4.5 5 Unknown Tuesday, 20 May 2014 Dalam kejadian jam 6 petang semalam, mangsa yang tinggal di tingkat satu dipercayai bermain di tingkat 15 pangsapuri itu sebelum ditemui ...


No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.