Cara Perempuan Goda Lelaki Tanpa Disedari Yang Perlu Anda Tahu

 On Friday, 6 June 2014  






Zaman ini, bermacam-macam perkara yang tidak pernah kita terfikir akan terjadi telah pun terjadi. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. 

Siapa sangka di zaman ini lelaki bergelar datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Si bapa pula boleh menerkam anak perempuan yang lahir dari rahim isteri sendiri? Orang yang kita percayai seperti pengawal keselamatan yang dulu kita boleh harap, sekarang sudah berani memperkosa? 

Tidakkah mereka mempunyai rasa belas kasihan dengan darah daging mereka sendiri sehingga sanggup meratah kaum hawa yang nyata lemah dan tidak berdaya melawan kudrat seorang lelaki? Sehinggakan wanita yang menutup aurat pun tidak terlepas dari menjadi mangsa nafsu mereka. 

Hakikatnya, umum tahu & faham bahawa lelaki mempunyai nafsu. Walaupun hanya satu nafsu tetapi fokusnya lebih kepada nafsu #seksual. 

Sedarkah kita, sebenarnya ramai perempuan yang cuba mencabar nafsu lelaki? 

Bagaimana? 

"Saya pakai tudung yang lengkap, menutup aurat dengan lengkap. Takkan saya masih menggoda kot?" 

Benar, kita dah sempurnakan penutupan aurat kita dengan pakaian longgar, labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tetapi di luar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini: 

1. Tunduk 

Tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki. Setiap inci tubuh wanita adalah terlalu indah di mata lelaki. 

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki 

Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian. Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda. 

3. Lenggok Badan

Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar? 

Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian. 

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman 

Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi. 

Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir. 

Senyum adalah sedekah tetapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?

Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja. 

Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa? 

Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt.

Cara Perempuan Goda Lelaki Tanpa Disedari Yang Perlu Anda Tahu 4.5 5 Unknown Friday, 6 June 2014 Zaman ini, bermacam-macam perkara yang tidak pernah kita terfikir akan terjadi telah pun terjadi. Bukan sekali, tetapi berkali-kal...


Related Post:

  • Ketahuilah Kenderaan Rasmi Obama Yang Tercanggih Didunia Ketahuilah Kenderaan Rasmi Obama Yang Tercanggih Didunia | Obama kalau nak datang di mana-mana negara pasti kena ada sistem keselamatan yang amat ketat. Jom tengok kereta rasmi Obama ni.Kereta tersebut lebih dikenali sebagai "The Beast" m… Read More
  • Kilang Membuat Kain Kaabah Di Mekah Setiap tahun sehari sebelum hari raya Aidiladha, kain yang menutup Kaabah iaitu Kiswa akan ditukar Kain kiswa lama ini kemudian dibahagu-bahagiakan oleh kepada pemimpin negara Islam oleh kerajaan Saudi. Amalam memberikan kain kiswa kepada oran… Read More
  • Jangan Terkejut Dengan Rupa Paras Wanita Cantik Ini [9 Gambar] Pasti ramai yang keliru dengan penampilannya dan kejelitaannya yang membuatkan ramai yang tergoda. Pasti ramai ramai wanita yang cemburu dengan rupa parasnya yang cantik ini.Pasti ramia yang tertanya- tanya apa yang menyebabkannya begitu popul… Read More
  • Ratusan Mayat Mengerikan Di Sungai Yang Dianggap Suci Di India Bila kita mendengar kata sungai gangga di india pasti terlintas dipikiran anda adalah sungai suci di india. Memang benar sungai gangga adalah sungai keramat suci bagi umat hindu india. Kerana di sini lah pusat penyembahan dewa-dewa di India.Na… Read More
  • 7 CIRI LELAKI IDEAL YANG PATUT ANDA CARI Orang kata bercinta itu indah, yang menjadikannya indah bila anda berjumpa dengan orang yang betul. Setiap orang inginkan pasangan hidup yang sempurna. Sempurna? Paras rupa yang elok, beragama, baik, dan macam-macam lagi. Tapi tak semua yang k… Read More

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.