Sebuah
kejadian ragut berlaku pada petang tadi di Kingfisher Park, Kota
Kinabalu, Sabah. Apa yang menarik mengenai kes ragut ini adalah tindakan
seorang pemandu yang prihatin menyaksikan kejadian itu dengan segera
mengejar dan melanggar motosikal peragut terbabit.
Akibatnya,
kedua-dua suspek terbabas di bahu jalan. Orang awam yang berada di
sekitar lokasi kejadian dengan segera menghulurkan bantuan dan menangkap
dua suspek itu dengan membelasah mereka secukup-cukupnya sebelum
diserahkan kepada pihak polis.
Menurut
sumber, mangsa ragut adalah seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah.
Taman Kingfisher menjadi pilihan bagi pelajar UMS untuk mencari rumah
sewa berikutan jaraknya dengan UMS adalah dekat.
Tindakan
pemilik Honda City yang sanggup mengorbankan keretanya semata-mata
untuk menangkap suspek itu seharusnya dijadikan contoh kepada masyarakat
agar sama-sama membanteras jenayah di kawasan setempat.
No comments:
Post a Comment