Budak lima tahun rentung

 On Friday 16 May 2014  


Kota Kinabalu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Pandanan Inanam Laut, di sini, sebentar tadi.  Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa rentung dikenali sebagai Mohd Sharan Fais Nizam ditemui rentung di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan. 



Kejadian itu juga, menyebabkan dua cedera melecur di muka dan kaki iaitu Kans Jamalin, 52, dan Noorsamsiah Alimuddin, 6, yang juga seorang kelainan upaya (OKU). 

Difahamkan, ketika mangsa dipercayai sedang tidur di salah sebuah bilik manakala ahli keluarga mangsa yang lain berada di ruang tamu.





Ketika api marak lima ahli keluarga mangsa keluar menyelamatkan diri manakala mangsa dipercayai terperangkap sebelum ditemui rentung. - 
Budak lima tahun rentung 4.5 5 Unknown Friday 16 May 2014 Kota Kinabalu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Pandanan In...


No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.